Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan diminta mewujudkan lebih banyak pusat dialisis, terutama di kawasan luar bandar, bagi membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pusat dialisis sedia ada dilihat tidak mencukupi bagi menampung bilangan pesakit buah pinggang yang ramai.

“Saya tahu hendak menubuhkan pusat dialisis bukan mudah, ada beberapa syarat yang ketat.

“Tetapi sekiranya Kementerian Kesihatan menubuhkan lebih banyak lagi pusat dialisis, kita boleh meminta GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan yayasan lain tampil membantu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan prihatin kepada 50 pesakit buah pinggang di Pusat Lions Renal Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setiap GLC perlu tampil membantu pusat dialisis sedia ada secara sukarela sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) sekali gus dapat meringankan beban lebih ramai lagi pesakit yang kurang bernasib baik.

Shahrizat berkata YKN membelanjakan sejumlah RM214,500 membiayai rawatan 20 pesakit di pusat itu sejak 2008 selain membantu 2,096 orang lagi dengan nilai kos sebanyak RM10,142,119 bagi tempoh 2010 sehingga tahun lepas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment