Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sejumlah 8.1 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterima yang mana sebanyak 6 juta permohonan diluluskan melibatkan peruntukan RM3 bilion manakala baki 2.1 juta permohonan sedang diproses, sehingga 3 Mac lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah yang diluluskan, sebanyak 3.8 juta adalah penerima isi rumah manakala baki 2.2 juta adalah penerima individu bujang.

“Bagi tahun ini, BR1M dijangka akan memanfaatkan hampir 7.9 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM4.5 bilion,” katanya menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad berkata jumlah itu meningkat berbanding penerima BR1M pada 2013, iaitu sebanyak 6.8 juta orang dengan peruntukan RM3 bilion dan 4.2 juta orang pada 2012 membabitkan peruntukan RM2.1 bilion.

Bantuan BR1M yang diberikan secara menyeluruh kepada semua yang layak, membantu meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah terutamanya dalam pembayaran bil utiliti, ubat-ubatan, pakaian dan membeli barangan keperluan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment