Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

Sebelum memulakan sesuatu penerbangan, segala pemeriksaan lanjut pastinya akan dilakukan terhadap pesawat tersebut bagi memastikan keselamatan serta kelancaran sesuatu penerbangan itu.

Menurut Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), pihaknya sudah membuat pemeriksaan terhadap pesawat itu dua minggu lalu dan tiada tiada perkara berbangkit yang boleh ditimbulkan mengenai tahap keselamatan pengangkutan udara itu.

Menurut imej grafik ini juga dinyatakan model Boeing 777-2H6 (ER) ini sudah berusia 11 tahun lapan bulan dengan penerbangan pertamanya adalah pada 5 Mei 2002.

Malah MAS juga diketahui sebagai salah satu syarikat penerbangan dunia yang paling selamat di dunia.

Pesawat yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Mohd Shah, 53, dan dibantu pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27, telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu dan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat malang yang masih tidak lagi dapat dikesan itu membawa 227 penumpang dari 14 negara berlainan termasuk 12 anak kapal.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment