Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memaklumkan tiada sebarang penghantaran melalui Pos Malaysia dibuat menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Iskandar Mizal Mahmood menerangkan, Pos Malaysia dan MAS telah lama menjalin kerjasama dalam penghantaran barangan melalui udara menggunakan pesawat MAS.

“Pos Malaysia mahu memaklumkan kepada semua pelanggan kami yang mungkin bimbang pos mereka yang dialamatkan ke China bahawa tiada pos menggunakan penerbangan MH370 pada pagi Sabtu lalu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Iskandar berkata, Pos Malaysia bersedih dengan insiden itu dan melahirkan simpati terhadap semua yang terlibat termasuk ahli keluarga penumpang dan kres pesawat itu dan mendoakan agar keadaan adalah selamat.

0 comments:

Post a Comment