Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

BEAUFORT – Masalah keganasan rumahtangga yang boleh menjejaskan institusi kekeluargaan perlu ditangani dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan bukan hanya menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, selain mengikuti kursus prakahwinan, majlis seperti seminar keagamaan juga perlu kepada bakal pasangan bagi memberi kesedaran dan kefahaman tentang tuntutan hidup berkeluarga.

“Undang-undang yang sedia ada tidak dapat menghalang keganasan rumahtangga daripada terus berlaku di kalangan masyarakat hari ini,” katanya dalam ucapan penutupan seminar Sah Nikah dan Sah Nasab di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman di seminar sehari anjuran Jabatan Agama Islam Beaufort yang disertai kira-kira 800 orang peserta dari kalangan masyarakat setempat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment