Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

MELAKA – Kerajaan Melaka diperuntukkan RM2 bilion bagi membina jalan baharu dan menaik taraf beberapa jalan di sekitar negeri bagi mengatasi masalah kesesakan di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata peruntukan itu turut meliputi pembinaan dua jejambat iaitu di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dan persimpangan Peringgit berhampiran Memorial Tun Ghafar Baba.

Projek ini membabitkan jalan sepanjang 200 kilometer antaranya Jalan Ayer Keroh ke Tangkak, Paya Rumput ke Sungai Udang, Masjid Tanah ke Tanjung Kling dan Klebang ke Tengkera, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mengulas perkara lain, Idris berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah kumpulan pemikir yang berperanan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai isu kenaikan harga barangan sekarang.

“Contohnya, tidak ramai yang boleh memberi penjelasan mengenai kenaikan harga gula dengan baik melainkan mereka mengatakan ia arahan yang perlu diikuti, dengan adanya kumpulan ini mereka akan memberi penerangan secara jelas kepada orang ramai,” katanya.

Kumpulan itu yang dianggotai Exco, timbalan Exco, ketua jabatan dan pegawai penerangan akan turut memberi penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menjawab satu lagi isu, Idris berkata pengambilan air dari Sungai Gerisik di Muar, Johor telah dikurangkan kerana paras air yang semakin stabil di empangan negeri ini.

“Sebelum ini kita menggunakan empat pam disebabkan cuaca kering, kini kita hanya menggunakan dua pam sahaja,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment