Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pelajar di negeri ini menggunakan sepenuhnya peluang yang tersedia untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Titah baginda walaupun Perlis negeri yang kecil namun banyak kemudahan belajar disediakan – di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik, kolej komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Maktab Perguruan dan lain-lain.

“Segala kemudahan ini tidak bermakna jika anak-anak Perlis tidak merebutnya,” titah baginda semasa merasmikan program Titian Kasih Mega di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi dekat sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri, Dun Kasa.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah para pelajar Perlis harus terlebih dahulu belajar mencapai kecemerlangan sebelum dapat mengisi tempat-tempat yang tersedia itu atau melihat pelajar negeri-negeri lain memenuhi IPT yang ada di negeri ini.

Sempena program itu baginda berkenan merasmikan menara jam sekolah berkenaan dan bersama Raja Puan Muda dan menanam pokok bunga kertas sebagai kenangan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment