Siapa yang tidak merasa sedih dan risau sekiranya sehingga kini nasib ahli keluarga yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370 masih lagi belum ditemui dan diketahui sehingga sekarang.
Buat masa ini, tersebar meluas di media-media sosial memaparkan mesej sedih seorang anak yang masih terus menantikan kepulangan ibunya yang tersenarai antara penumpang pesawat tersebut.
Antara kandungan mesej itu, anaknya, Jasmine Johari menyeru ibunya kembali ke pangkuannya dan keluarga selain ucapan ‘ma i love u so much’.
Walaupun mesej itu dilihat sangat ringkas, namun terpalit rasa sedih apabila membacakan harapan dan rayuan seorang anak yang merindui kelibat ibu yang sebelum ini sentiasa ada di sisinya kini hilang secara tiba-tiba.
Diharapkan segala jenis bantuan mencari dan menyelamat akan bertemu dengan khabar baik sekali gus menghilangkan keresahan di hati Jasmine dan adiknya, Danial yang risaukan keselamatan ibu kesayangan mereka di luar sana.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment