Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan bagi meredakan kesedihan yang dialami keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang.

Penolong Pengarah Kanannya, Fauziah Razap berkata pihaknya telah menemui beberapa keluarga penumpang yang ditempatkan di The Everly Hotel di sini dan telah memberi nasihat berbentuk ke-Islaman kepada mereka.

Beliau berkata pihak Jakim juga akan bekerjasama dengan pihak urus setia MAS bagi mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yassin.

“Saya telah berjumpa dengan salah seorang keluarga mangsa. Saya memberikan nasihat supaya mereka reda dan tabah dengan musibah yang melanda ini,” katanya ketika ditemui media.

Fauziah berkata Jakim turut bersedih dengan kejadian itu dan faham dengan perasaan keluarga mangsa.

Pesawat MAS MH370 membawa 227 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan 12 krew hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment