Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan Australia akan menghantar dua pesawat pengesan maritim P-3C Orion untuk membantu Malaysia menjejaki pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott membuat tawaran bantuan tersebut semasa beliau (Abbott) menghubunginya (Najib) melalui panggilan telefon tengah hari ini.

Najib berkata bantuan ditawarkan atas dasar hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.

Katanya pesawat-pesawat itu dijangka berlepas dari Australia lewat petang ini dan akan tiba di kawasan yang ditentukan pihak berkuasa Malaysia khususnya Jabatan Penerbangan Awam dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Saya setuju untuk menerima tawaran itu. Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Australia.

“Saya percaya sumbangan ini akan membantu kita dalam usaha mencari pesawat (MAS) tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini, hari ini.

Najib berkata aset dan kelengkapan mencari dan menyelamat tambahan juga diperlukan memandangkan kawasan operasi mencari telah diperluas selain dalam usaha menjejaki pesawat yang hilang itu dalam masa terdekat.

Katanya semasa perbualan telefon tersebut, Abbott juga melahirkan simpati kerajaan Australia berikutan tragedi yang menimpa pesawat MAS itu.

Enam daripada 227 penumpang MH370 adalah warga Australia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment