Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

Tindakan akan diambil terhadap Pegawai Imigresen bertugas yang membenarkan kedua-dua penumpang dengan pasport curi menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyiasatan sedang dijalankan dan hasil keputusan daripada siasatan itu akan diberitahu kepada orang awam selepas siasatan itu lengkap sepenuhnya.

“Penyiasatan dalaman akan dijalankan terutamanya terhadap pegawai kaunter yang gagal mengesan kerakyatan penumpang beserta meneliti maklumat yang terpapar pada pasport tersebut,” katanya yang dipetik menerusi portal Malaysian Digest.

Mengikut kronologi, pasport milik warga Itali dan Austria yang dilaporkan terlibat dalam penerbangan itu telah dicuri ketika keduanya bercuti di Thailand, tahun lalu.

Malah, difahamkan juga, dua lelaki misteri itu juga membeli tiket dari Kuala Lumpur ke Beijing pada waktu yang sama sehingga menimbulkan spekulasi mungkin perkara ini melibatkan tindakan pengganas.

Setakat ini, pihak berkuasa terus giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai China, Vietnam, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan Australia.

Pesawat MH370 dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam namun sehingga ke hari ini nasib 239 nyawa yang terlibat masih tidak lagi diketahui sehingga kini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment