Pagi tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan sidang media untuk mengemas kini misteri kehilangan pesawat MH307.
Awal-awal sidang media, seperti biasa, Hishammuddin cuba memperlihatkan betapa beliau memang rajin berkerja dan hero, satu mesej yang kerap kita dengar semasa insiden pencerobohan di Sabah, tahun lalu.
Beliau memberitahu tidak tidur sepanjang malam. Mesti penat dan mengantuk kan…
But Datuk Seri, this is not about you okay. This ia about a missing plane with hundreds of passengers inside.
Dan dalam sidang media, persoalan yang amat penting ditanya iaitu kewujudan dua penumpang misteri dalam penerbangan MH307 yang berlepas dari KLIA awal Sabtu lalu.
Sejak semalam, media seluruh dunia duk sebut dua penumpang misteri dan kewujudan mereka dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara.
Hishammuddin boleh pulak berulang kali menyebut wujud 4 penumpang yang mengembara menggunakan pasport pihak lain.
Berikutan itu, media yang terperanjat dengan penambah lagi dua nama, dengan segera mengemas kini maklumat itu. Dalam masa sekejap maklumat berkenaan menjadi viral.
Bila 4 orang, makin ramailah yang percaya kemungkinan berlaku serangan udara adalah hampir pasti. Seolahj-olah ada satu kumpulan besar yang telah merancang dengan teliti untuk merampas MH307.
Dengan selamba Hishammuddin boleh tambah lagi 2 orang.
Datuk Seri… ini isu besar. Jangan buat sidang media kalau nak ‘tersilap cakap’… pasal satu dunia duk dengar dan hendak tahu misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Dengan debaran yang menyelubungi jutaan rakyat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara-negara lain, kesilapan mengeluarkan kenyataan bukan sesuatu yang boleh diterima.
Hari ini, bukan sahaja media tempatan, malah media antarabangsa juga akan menilai Hishammuddin sebagai lemah.
Beginilah Datuk Seri… apa kata balik rumah dan tidur aje… ganti balik masa kononnya tak tidur malam tadi tu. Mungkin esok boleh lebih fokus.
Bukan apa, kang terus merepek benda yang bukan-bukan, abis satu dunia akan tahu tahap dan kemampuan menteri-menteri negara ini.
Tak pasal-pasal menteri yang lain pun busuk nama.
Nasib baik Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dengan pantas memperbetulkan kenyataan berkaitan jumlah penumpang misteri berkenaan.
0 comments:
Post a Comment