Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah diumumkan sebagai calon baru bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara automatik tidak boleh bertanding apabila telah disabitkan bersalah di atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, Jumaat lalu.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Anwar yang juga Ketua Umum PKR di Kajang, sebentar tadi.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini telah menetapkan tarikh 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon sementara hari penggundian dijadualkan akan berlangsung pada 23 Mac depan.
Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan akan mencalonkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment