Ketika ini, ramai ‘pakar-pakar tidak rasmi’ cuba mempolitikkan lokasi kehilangan pesawat MAS MH307 sebagai sengaja dirahsiakan kerajaan.
Ada yang mendakwa ia sudah diketahui di mana tetapi kerajaan dan Malaysia Airlines sengaja tidak mahu dedahkan.
Hakikatnya, bukan setakat Malaysia, malah China, Vietnam dan Singapura turut mengerakan aset ketenteraan mereka untuk mencari pesawat yang setakat ini diklasifikasikan sebagai hilang secara misteri.
Andai bangkai pesawat telah ditemui, mengapa mereka mahu merahsiakan penemuan itu? Apa faedah kepada ketiga-tiga buah negara berkenaan?
Benda mudah camtu sepatutnya kita yang waras ini boleh fikir sendiri.
Baiklah… untuk pengetahuan semua, bukan semua kemalangan udara (kita andaikan jika MH307 terhempas – bukan mendoakan), akan ditemui dalam masa beberapa jam sahaja.
Ambil contoh yang dekat dengan kita; masih ingat kejadian pesawat pejuang Hawk 208 TUDM terputus hubungan dengan menara kawalan ketika terbang di udara berhampiran Rompin, Pahang pada 31 Mei 2006?
Berikut kronologi kejadian; (Walaupun sebahagian serpihan ditemui hari berikutnya, namun hanya selepas sebulan mayat Allahyarham wira negara yang terkorban itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat).
1 Jun 2006: Beberapa serpihan dipercayai sayap pesawat ditemui terapung di perairan mersing.
2 Jun 2006: Usaha mencari diperlias meliputi kawasan laut dan darat sekitar Rompin, Pahang.
3 Jun 2006: Kesan tumpahan minyak ditemui di kawasan 10 batu nautika selatan Kuala Rompin, Pahang.
6 Jun 2006: Kesan pokok dipanah petir di Kampung Wakaf Rompin, Pahang, dipercayai mempunyai kaitan denagn kejadian ditemui. Saksi melihat dua buah pesawat terbang dalam cuaca buruk dan ternampak sebuah daripadanya seperti dipanah petir.
9 Jun 2006: TUDM mengesahkan minyak yang dikesan 3 Jun milik pesawat Hawk yang hilang
13 Jun 2006: Gerakan mencari dan menyelamat di kawasan darat dihentikan.
26 Jun 2006: Pasukan mencari dan menyelamat menemui 30 peratus rangka pesawat Hawk di persisiran Pantai Lanjut, Rompin
28 Jun 2006: Pukul 4.20 petang. Mayat Allahyarham Mejar Muhammad Rohaizan dijumpai dalam kokpit pesawat di dasar laut kira-kira 3 kilometer dari Pantai Lanjut Rompin.
Kalau mahu contoh peringkat antarabangsa dan pesawat komersial, cuba baca mengenai kisah Air France penerbangan 447.
Ia terhempas dan menyebabkan kematian 216 penumpang serta 12 anak kapal pada 1 Jun 2009. Bangkai pesawat hanya ditemui dua tahun selepas kejadian. Kotak hitam pesawat ditemui pada Mei 2011. (SiakapKeli)
Justeru, dua contoh di atas yang melibatkan pesawat pejuang dan pesawat komersial sebelum ini sepatutnya membuka mata banyak pihak bahawa bukan semua kemalangan udara boleh dikesan dengan pantas.
Ada banyak aspek yang perlu diambil kira.
**Apa yang ditulis seorang pengguna Facebook seperti gambar yang disiarkan di atas adalah kejadian yang benar… ada juga pengguna media sosial yang arif dan bijak berfikir, bukannya main hentam sahaja.
0 comments:
Post a Comment