Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi memaklumkan hanya ada dua penumpang yang diketahui menggunakan identiti dan pasport palsu bukannya empat seperti dimaklumkan dalam sidang media pada awalnya.

Dalam sidang media terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan wujud 4 penumpang misteri dan beliau berkata perbincangan telah dilakukannya bersama agensi risikan tempatan dan antarabangsa untuk menyiasat identiti semua yang terlibat.

Bagaimanapun, Azharuddin yang kemudian mengatakan hanya ada dua sahaja individu diragui, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini digunakan untuk menyiasat individu berkenaan.

“Kita mempunyai rakaman cctv apabila dua individu berkenaan sedang mendaftar masuk dan ketika mereka memasuki pesawat untuk berlepas.

“Rakaman itu kini sedang digunakan dalam siasatan isu penggunaan pasport curi berkenaan melibatkan identiti seorang warga Itali dan seorang warga Austria,” katanya.

Tidak diketahui dari mana Hishammuddin mendapat angka empat itu kerana sejak dari awal media tempatan dan antarabangsa hanya melaporkan kewujudan dua individu misteri atas nama Christian Khozel (Austria) dan dan Luigi Maraldi (Itali).

Kedua individu berkenaan masih hidup menjadikan ada pihak lain telah menggunakan pasport mereka untuk terbang menggunakan MH307.

Azharuddin pada sidang media sama menegaskan sekali lagi bahawa hanya ada dua nama yang disyaki menggunakan identiti yang dicuri daripada orang lain dan berada dalam pesawat MH370 itu.

0 comments:

Post a Comment