Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

Rancangan percutian bulan madu kali kedua buat pasangan, Mohd Razahan Zamani, 23, dan isterinya, Norli Akmar Hamid, 33, bertukar pilu apabila sehingga kini nasib menimpa mereka dalam pesawat MH370 masih tidak lagi diketahui sehingga kini.

Menerusi laporan Harian Metro, bapa kepada Norli Akmar, Sarjan Hamid Ramlan mengatakan anaknya dan suami terbang ke Beijing untuk bercuti selama empat hari di sana selepas rancangan mereka untuk bercuti di Cameron Highlands dibatalkan sebelum ini.

“Anak saya baru mengalami keguguran bulan lalu dan pemergian dia bersama suami ke Beijing, China pun kerana ingin berbulan madu selepas rancangannya untuk bercuti di Cameron Highlands dibatalkan,” katanya.


Pasangan tersebut berkahwin pada Oktober 2012 dan menurut Hamid lagi, Norli dan Razahan tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria untuk berbulan madu ke sana.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment