Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Bharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu.

Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam ‘saat-saat genting ini’.

MAS berkata, ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit.

Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

MAS berkata, ia akan menempatkan sekumpulan kaunselor ke Beijing pada Ahad.

Ia telah menghantar 94 kaunselor yang terdiri daripada kakitangan terlatih dan anggota Tzu Chi Foundation untuk memberi sokongan emosi kepada keluarga penumpang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment