Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

SEPANG – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat di negara ini terus berdoa agar usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi hasil positif.

Abdullah berkata insiden itu suatu yang amat mendukacitakan dan segala usaha sedang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengesan pesawat tersebut.

“Semuanya bersungguh-sungguh berdoa supaya apa yang berlaku itu kita harap dapat diselamatkan walaupun sudah dua hari,” katanya yang berucap di hadapan Persatuan Buddha Malaysia di ruang legar aras lima, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Persatuan itu mengadakan upacara berdoa untuk keselamatan penumpang dan anak kapal MH370.

Terdahulu Abdullah bersama-sama jemaah di surau KLIA menunaikan solat Zuhur diikuti solat hajat.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut meminta seluruh rakyat di negeri itu berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

“Insya-Allah, rakyat Malaysia bersatu hati menghadapi musibah seperti ini dan mengharapkan agar keluarga mereka yang terlibat sentiasa tabah dan bersabar sambil menunggu perkembangan terkini,” katanya menerusi laman Facebook rasmi beliau.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment