Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa melawat ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370, tengah hari tadi.
Rosmah berkongsi kesedihan serta menyelami perasaan kesemua ahli keluarga mangsa yang terlibat di Anjung Tinjau, KLIA, Sepang.
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Wanita Pertama Malaysia itu turut melawat keluarga mangsa yang menginap di Hotel Everly, Putrajaya dengan memberi mereka sokongan moral yang nyatanya amat diperlukan ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Bagi memberi bantuan psikologi kepada keluarga mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menempatkan seramai 10 kaunselor untuk tujuan tersebut.
Perkara itu bertujuan mengurangkan tekanan dialami keluarga mangsa yang sentiasa menantikan perkembangan semasa mengenai pesawat MH370 itu.
MH370 yang memulakan perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing terputus hubungan dari radar pada jam 1.30 pagi Sabtu, selepas 47 minit memulakan perjalanan.
Penerbangan itu membawa 239 orang termasuk dua bayi serta 12 anak kapal MAS.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Instagram Zan Azlee dan Sinar Harian Online
0 comments:
Post a Comment