KUANTAN – Tiga buah rumah papan di Tanjung Lumpur di sini musnah dalam kebakaran malam tadi dengan kerugian dianggar berjumlah RM100,000.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata 19 orang daripada tiga keluarga yang menghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dalam kejadian 10.31 malam itu.
Pihak bomba menghantar 30 anggota dan tiga jentera dan dapat mengawal api kira-kira pukul 11 malam, katanya kepada Bernama.
Punca kebakaran belum diketahui. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment