Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

KUANTAN – Golongan bumiputera khususnya kaum Melayu digesa agar tidak terlalu gelojoh menjual tanah yang dimiliki bagi memastikan pemilikan tanah golongan berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak luar.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang dan mengelak golongan berkenaan ‘mengemis’ di tanah sendiri.

“Orang kita kalau ada benda semua nak jual. Ada tanah, sikit-sikit nak jual. Baru dapat kelulusan (pejabat tanah) hari ini, esok dah nak jual.

“Walaupun kita ada tanah yang tidak dibangunkan jangan jual,” katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ishak Muhamad, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan barisan exco kerajaan negeri.

Adnan dalam pada itu berkata kaum bumiputera khususnya umat Islam perlu mengambil iktibar kejadian yang menimpa rakyat Palestin yang kini dizalimi dan dihalau dari tanah sendiri oleh kerajaan Israel akibat kesilapan generasi terdahulu.

Katanya penderitaan yang dialami penduduk Islam di Gaza Palestin juga berlaku akibat tiadanya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat berpecah belah.

“Semangat perpaduan juga perlu terus dipupuk dan tidak berpecah belah agar kejadian sama tidak menimpa umat Islam di negara ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan Adnan turut melancarkan Tabung Hari Pahlawan dan penyerahan bendera untuk kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment