Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

BESUT – Seorang kontraktor melecur di muka, bahu dan paha akibat disimbah asid di Kampung Tanah Merah Kerandang di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berumur 51 tahun yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kini dilapor dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, mangsa ketika itu hendak pulang ke rumah dari kebun berhampiran rumahnya apabila didatangi dua lelaki bermotosikal yang secara tiba-tiba menyimbah sejenis cecair dipercayai asid kepadanya.

“Akibat simbahan cecair itu, mangsa menjadi melecur dan dia terus berlari ke rumahnya dan meminta dihantar ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pada mulanya dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke HUSM.

Noorzainy berkata, pihak polis sedang menyiasat motif kejadian dan mengesan suspek. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment