Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Menggatal dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata seorang pekerja pusat pelupusan sampah menemui mayat bayi itu kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah bayi lelaki cukup sifat. Mangsa ditemui telah mati dan dibuang begitu sahaja tanpa dibalut.

“Terdapat kesan kebiruan di bahagian kepala mangsa, manakala tali pusatnya dipotong lurus. Bayi itu disyaki mati dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Chandra berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah sisasat.

Menurutnya, polis hanya mengambil keterangan pekerja yang menemui mayat berkenaan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment