Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


KUALA LUMPUR – MEASAT Global Berhad (MEASAT) mengumumkan hari ini bahawa satelit MEASAT-3b dijadual dilancarkan pada 12 Sept di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Brown-Kenyon berkata MEASAT gembira dapat mengesahkan tarikh pelancaran MEASAT-3b yang disemak semula.

“Sebaik sahaja beroperasi, MEASAT-3b akan menjadi penyumbang utama kepada landskap TV berbayar Asia, menyokong platform televisyen Terus Ke Rumah (DTH) untuk memenuhi keperluan lebih 18 juta isi rumah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, transponder 48 Ku-band berkuasa tinggi MEASAT-3b akan memperluas perkhidmatan DTH dan sistem Very Small Aperture Terminal (VSAT) meliputi seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

MEASAT-3b akan diletakkan sejajar dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3a pada orbit 91.5 darjah timur, untuk mewujudkan lokasi orbit berkuasa tinggi dan lasak di rantau ini, kata beliau. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment