Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

KUCHING – Biarpun turun tanpa dua penyerang import, Sarawak tidak akan memberi laluan mudah buat Terengganu pada perlawanan pertama Kumpulan B, Piala Malaysia, di Stadium Negeri di sini malam esok.

Ini berikutan Sarawak terpaksa melupakan khidmat penyerang Bosnia, Muamer Salibasic dan Hassan El Mohamad dari Lubnan serta tonggak pertahanan Rony Harun.

Ketua jurulatih Robert Alberts berkata Salibasic masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lututnya manakala Hassan terkeluar daripada kempen musim ini berikutan kecederaan buku lali kirinya.

Menurutnya Rony pula terpaksa menjalani hukuman penggantungan satu perlawanan selepas menerima tiga kad kuning pada kempen Liga Super.

Jurulatih dari Belanda itu berkata seperti mana-mana pasukan lain, mereka juga berazam mahu memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan.

“Sudah tentu sekali, kami mahu memenangi perlawanan pertama dan mengumpul tiga mata,” kata Alberts sebelum sesi latihan di stadium berkenaan di sini hari ini.

Tanpa kelibat dua penyerang import itu, katanya beliau terpaksa bergantung kepada penyerang dari Australia, Ryan Griffiths dan pemain pertahanan Gabor Gyepes dari Hungary.

Bagaimanapun, beliau percaya pemain tempatan mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pasukan itu.

“Kami sebenarnya sudah biasa bermain tanpa pemain import berkenaan semasa Liga Super dan saya yakin pemain tempatan akan bangkit ketika keadaan memerlukan,” katanya.

Beliau berharap Salibasic, selaku penjaring terbanyak Sarawak pada kempen Piala Malaysia musim lepas, akan dapat diturunkan sekiranya pasukan itu melangkah ke pusingan suku akhir nanti.

Mengenai pasukan Terengganu, Alberts berkata mereka tetap menghormati pasukan itu walaupun pernah mengalahkan pasukan itu dalam Liga Super.

Selain kedua-dua pasukan itu, kumpulan itu turut dibarisi oleh pasukan Perak dan Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Sarawak, Abdullah Julaihi berkata pihaknya menjangka stadium akan dipenuhi pada perlawanan itu dan sebanyak 25,000 tiket perlawanan telah dicetak dan mula dijual hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment