Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUANTAN – Seramai 2,000 pelajar dari Parlimen Indera Mahkota dan Parlimen Pekan menerima bantuan keperluan sekolah dan wang saku sumbangan Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad.

Pengerusinya, Datuk Nazrul Arsad berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial koperasi terbabit terhadap golongan yang memerlukan.

Menurutnya, melalui kerjasama dengan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Indera Mahkota, seramai 1,000 pelajar dari parlimen itu menerima sumbangan masing-masing dalam majlis berasingan di Balai Orang Ramai Balok dan Balai Raya Kampung Tiram dekat sini, semalam.

“Esok (hari ini) kita akan mengagihkan sumbangan serupa kepada 1,000 lagi pelajar dalam Parlimen Pekan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan itu di Balai Orang Ramai Balok, semalam.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Indera Mahkota, Wan Napia’ah Yusof dan Naib Ketua Umno bahagian, Mohd Khairul Hisham Omar.

Nazrul berkata, pulangan daripada keuntungan perniagaan koperasi terbabit sebahagiannya dikongsi bagi membantu kepada golongan yang memerlukan terutama anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin.

Menurutnya, sumbangan semalam adalah sebahagian daripada kesinambungan bantuan pasca banjir kepada keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut.

“Dalam kejadian banjir baru-baru ini, banyak keluarga yang kehilangan harta benda termasuk keperluan persekolahan anak-anak.

“Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga untuk membeli atau menggantikankeperluan persekolahan anak-anak yang rosak,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment