Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

TERNYATA wang dan kemahsyuran yang dikecapi oleh penyanyi Susan Boyle yang dikenali melalui program Britains Got Talent pada tahun 2009 tidak menjamin kebahagiaan hidupnya.

Memetik laporan UK Mirror, dia kini dalam keadaan tertekan kerana perbalahan antara ahli keluarganya.

Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang merasakan Boyle tidak adil dalam memberi wang kepada mereka.

Jumlah wang yang dibahagikan oleh penyanyi itu kini dijadikan ukuran ‘kasih-sayang’ sekaligus membuatkan mereka yang menerima bahagian yang sedikit berkecil hati.

Adik-beradiknya turut merasakan kehidupan mereka juga harus berubah selari dengan kemewahan Boyle.

Pendek kata, Boyle bekerja dan mereka harus mendapat kesenangan daripada titik peluh penyanyi itu.

Hai, lihatlah betapa mudahnya ketamakan memusnahkan sebuah ikatan kekeluargaan!


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment