Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduh agensi itu tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 berhubung perbelanjaan kerajaan Pusat.

SPRM dalam satu kenyataan media menegaskan, tuduhan Guan Eng itu tidak benar dan berasas kerana SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk yang terbaru dikeluarkan awal Oktober 2013.

“Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat. Tindakan-tindakan yang diambil sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat nasihat dimaklumkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari semasa ke semasa.

“JKMR salah sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, turut dianggotai oleh wakil DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw. Jika memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil SPRM, Guan Eng boleh merujuk kepada JKMR menerusi wakil DAP yang menganggotainya,” tegas kenyataan itu hari ini.

Justeru, SPRM turut menggesa Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meneliti Laporan Tahunan-Laporan Tahunan SPRM dan juga Laporan Tahunan-Laporan Tahunan JKMR yang dikeluarkan sebelum ini kerana ia memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Media semalam melaporkan, Guan Eng mengalu-alukan sebarang siasatan oleh SPRM seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkaitan pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri itu untuk kegunaan rasminya.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan SPRM yang didakwa tidak mengambil sebarang tindakan untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan Persekutuan tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila perkara itu didakwa dilakukan kerajaan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, SPRM menjelaskan agensi itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SPRM sedang menyiasat isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Pulau Pinang dan menafikan ada menjalankan sebarang siasatan buat masa sekarang.

Kata kenyataan itu, SPRM menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak bertanggungjawab kepada laporan-laporan media yang memetik sumber dan tidak berasas.

0 comments:

Post a Comment