SEORANG suspek kes ragut berjaya ditangkap dengan bantuan anggota Jabatan Relawan Rakyat (RELA) selepas ia dicam mangsanya yang dirompak rantai emas pada minggu lepas.
Suspek berjaya ditahan pada 23 Januari lepas antara pukul 5.25 petang dan 6.55 petang di Taman Lipsin, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Selepas membuat laporan polis, mangsa memberita butiran diri suspek kepada anggota RELA bagi memboleh dia diburu.
Pasukan itu kemudiannya, memulakan gerakan mencari dan mengenalpasti lokasi suspek berada.
Pada Khamis lepas, suspek dikesan berada di sebuah kedai membaiki motosikal di Taman Lipsin oleh seorang daripada anggota RELA terbabit.
Anggota berkenaan menghubungi rakan RELA yang lain untuk meminta bantuan.
Dalam masa 10 minit, 10 rakan anggota RELA tiba untuk membantu memburu dan mengepung suspek. Dia cuba melarikan diri selama kira-kira 20 minit tetapi akhirnya berjaya diberkas.
Pasukan RELA berkenaan kemudian menghubungi polis memaklumkan berkenaan tangkapan itu dan tiba untuk membawa lelaki itu ke balai polis.
Video tangkapan suspek dimuatnaik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC).
Pihak polis menyuarakan penghargaan kepada kumpulan RELA terbabit atas kerjasama bersama polis sehingga berjaya tertangkapnya suspek.
Sesiapa sahaja yang mengecam suspek dan pernah menjadi mangsanya diminta membuat laporan di balai polis berdekatan
0 comments:
Post a Comment