London – Satu kempen melalui Twitter menentang permainan kanak-kanak di talian mengenai pembedahan plastik yang mengajar pemainnya bahawa liposuction atau kaedah menyedut lemak boleh membuatkan seseorang ‘cantik dan kurus’ memaksa Apple menarik balik aplikasi terbabit baru-baru ini.
Lebih 4,000 pengguna Twitter berkumpul di bawah sebuah kumpulan hak asasi wanita menyifatkan aplikasi itu sebagai seksis dan merosakkan harga diri wanita muda.
Aplikasi yang boleh dimuat turun dari Apple iTunes, mengarahkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun menjalankan pembedahan plastik melalui imej seorang wanita mempunyai berat badan terlalu lebih sehingga diet juga tidak dapat membantunya.
Bantu ‘gadis malang’
Permainan itu meminta pemainnya membantu ‘gadis malang’ terbabit untuk membuang lemak di kawasan bermasalah dan menyedut lebihan lemak berkenaan.
Kumpulan hak asasi wanita, Everyday Sexism, menyiarkan permainan terbabit di Twitter, menggesa pengguna mengadu kepada iTunes bahawa aplikasi terbabit menggalakkan wanita muda yang terpengaruh dengan isu mengenai berat badan.
Lebih 4,000 pengguna menghantar Twitter dan mengadu bagaimana remaja perempuan boleh terpengaruh dengan kandungannya.
Apple tidak memberi maklum balas terhadap permintaan itu tetapi dilaporkan sudah menarik balik permainan berkenaan malam kelmarin (Selasa).
Seorang pengguna Twitter Sarah Eldred menulis: “Oh ini sangat teruk! Adakah benar ia satu permainan yang direka untuk budak perempuan kecil?”
Sue Black menulis: “Ini menjijikkan dan salah. Tolong tarik balik produk ini segera.”
Manakala Sara Lin Wilde berkata: “Pastinya anda boleh buat sesuatu lebih baik berbanding permainan mengajar kanak-kanak bagaimana pembedahan plastik adalah sebahagian daripada kecantikan.”
Aplikasi dipanggil ‘Plastic Surgery & Plastic Doctor & Plastic Hospital Office for Barbie version’ itu diperkenalkan awal bulan ini oleh Corina Games.
Ia dipasarkan untuk pengguna berusia sembilan dan ke atas dengan keganasan realistik sederhana.
Pengguna Twitter juga menjalankan kempen mengkritik satu lagi aplikasi pembedahan plastik di Google Play yang boleh dimainkan oleh semua peringkat usia. – AGENSI
0 comments:
Post a Comment