LONDON – Pemain tengah Sepanyol, Juan Mata melengkapkan rekod perpindahannya bernilai £37.1 juta (44.7 juta euro) dari Chelsea ke Manchester United hari ini selepas selesai menjalani ujian perubatan.
United Jumaat lalu sudahpun mengesahkan persetujuan untuk menandatangani kontrak dengan pemain berusia 25 tahun itu.
“Saya amat teruja untuk bersama United. Saya sudah melalui saat amat gembira beberapa tahun di Chelsea namun masa sudah tiba untuk saya beralih kepada cabaran yang baru,” kata Mata yang bermain sebanyak 135 kali untuk Chelsea dan menjaringkan 32 gol selepas berpindah dari Valencia pada 2011.
“United adalah tempat yang terbaik untuk saya dan saya amat gembira mempunyai peluang untuk bersama kelab ini,” katanya.
Mata mempunyai 32 cap permainan bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.
Beliau tiba di Manchester dengan penuh bergaya menggunakan helikopter sebelum menjalani ujian kesihatan.
Pembelian itu melebihi £30.75 juta oleh United kepada Tottenham Hotspur pada 2008 untuk mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov. – AFP
0 comments:
Post a Comment