Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan angkuhnya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding berhadapan Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukannya Najib ada apa-apa hutang atau perhitungan yang perlu dibuat dengan Anwar, kecuali Anwar sahaja yang sibuk mengajak Najib untuk bertarung dalam macam-macam jenis pertarungan antaranya debat.
Cabaran sia-sia itu dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Beliau tidak mahu calon dari parti MCA, MIC atau Gerakan sebaliknya tetapi Najib yang juga Presiden Umno mesti bertanding menentang Anwar yang disifatkan sebagai pertembungan dua gergasi.
Persoalannya sekarang, Anwar itu gergasi ke?
“Saya tidak mahu MCA, MIC atau Gerakan untuk menampilkan calon, tetapi Umno mesti menampilkan calon mereka untuk pertembungan dua gergasi ini,” katanya dalam satu ucapan terbuka di Dewan Sg Sekamat, Kajang.
Menurut Azmin, parti PKR sudah berfikir-fikir semasak-masaknya sebelum meneruskan agenda pilihan raya kecil di Kajang ini.
Azmin berkata, beliau dan seorang lagi Adun telah menawarkan kerusi mereka untuk Anwar bertanding.
“Saya menawarkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Xavier Jayakumar menawarkan kerusi DUN Andalas tetapi Anwar mahukan kerusi DUN Kajang,” kata Azmin.
Nampaknya PKR menjadikan perebutan kerusi dalam pilihan raya umpama seperti bermain permainan jual beli ‘Monopoly’ yang mana pemain sesuka hari berbincang dan menawarkan kepada pemain lain kad geran apa yang dimiliki.
Azmin berkata strategi ini akan membawa mereka menakluki Putrajaya dalam masa kurang tiga tahun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan bermesyuarat pada 5 Februari bagi menentukan kekosongan kerusi DUN Kajang dan juga menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.
0 comments:
Post a Comment