KINI masing-masing dipenuhi tanda tanya mengapa Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim beriya-iya sangat bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang mungkin bakal dilangsungkan.
Kesanggupan itu ditunjukkan sehingga tahap Ahli DUN sebelum ini, Lee Chin Cheh dari PKR sanggup melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta demi memberi laluan bertanding kepada Anwar.
Spekulasi lain yang berkumandang seluruh negeri Selangor ialah Anwar akan mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor daripada penyandang ketika ini iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas memenangi kerusi DUN Kajang berkenaan.
Untuk mencapai misi itu, perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diperlukan sebelu Anwar boleh mengangkan sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, apakah motivasi yang mendorong Anwar mahu memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri berkenaan.
Pada 19 November lepas, Abdul Khalid mengumumkan bahawa jumlah rizab yang dimiliki Selangor tahun lalu telah mencapai jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM2.712 bilion pada 31 Oktober tahun lepas.
Beliau membuat pengumuman itu ketika membentangkan Belanjawan 2014 bagi negeri Selangor.
Menteri Besar itu turut mengulas Selangor telah menyumbang hampir 25% peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Dengan jumlah sebesar itu, Anwar sudah pasti hampir ‘kelabu mata’ apabila menyedari jumlah sebanyak itu mampu membiayai strategi politiknya untuk mencapai objektif Pakatan Rakyat pimpinannya untuk mengambilalih Putrajaya seterusnya menubuhkan kerajaan Persekutuan.
Ketika ini sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor, Anwar dilihat seakan tiada akses untuk menggunakan rizab negeri itu bagi tujuan politiknya.
Paling terbaru, penyingkiran orang kanan Anwar iaitu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semakin menyukarkan Anwar untuk cuba mendapatkan akses kepada peruntukan berkenaan.
Anwar sebelum ini pun dilihat sudah berkali-kali menegur cara Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkenaan cara pentadbirannya menguruskan negeri Selangor.
Jika menang, dan berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, Anwar pasti sudah boleh menggunakan rizab lebih RM2 bilion bagi tujuan meluaskan empayar politiknya untuk mencapai cita-cita terbesar menjadi Perdana Menteri.
0 comments:
Post a Comment