Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berpendirian tegas dalam menangani kemelut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Mohamed Azmin Ali. Gambar fail.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain mengambil pendirian tegas dalam kemelut di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua PKR negeri, Mohamed Azmin Ali bagi mengelak keadaan menjadi lebih parah.
Sumber memberitahu, Anwar mengambil pendirian tepat dalam pergelutan antara Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan merupakan orang kanannya sejak sekian lama dan Abdul Khalid yang lebih popular sejak dilantik sebagai menteri besar pada 2008 lagi.
Pertembungan antara kedua-dua ahli politik PKR timbul semula selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar untuk penggal kedua dan mewujudkan perselisihan pendapat dalam banyak perkara, daripada pengumuman bajet negeri sehingga isu kenaikan gaji yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN).
0 comments:
Post a Comment