Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang memasuki Jepun kerana pernah disabitkan kesalahan jenayah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata larangan itu terkandung dalam Seksyen II Artikel 5 Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian negara berkenaan.

Katanya, perkara itu dinyatakan Kerajaan Jepun kepada pegawai Kedutaan Malaysia di negara itu yang diarahkan untuk mendapat penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Jepun seperti negara berdaulat lain, berhak melarang kemasukan mana-mana individu tanpa sebarang penjelasan.

Pernah dipenjara atas kesalahan jenayah

Apabila perkara ini berlaku, saya meminta pejabat kita di sana mendapatkan penjelasan dan jawapan yang diterima ialah Anwar dinafikan kemasukan ke negara itu kerana pernah dipenjara atas kesalahan jenayah, katanya dalam sidang media di sini semalam.

Artikel 5 akta itu menyatakan individu yang pernah dipenjara untuk tempoh setahun atau lebih di Jepun atau negara lain atas kesalahan selain politik, boleh dilarang daripada memasuki negara berkenaan. 
Kelmarin, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh imigresen negara itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, dari Kuala Lumpur.
Beliau kemudian diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Anifah berkata, keputusan yang sama pernah dibuat Malaysia ke atas Senator Nick Xenophon dari Australia kerana melanggar peraturan Jabatan Imigresen ketika lawatan beliau yang terdahulu.

Apabila ini berlaku, kita juga tidak memberikan penjelasan kepada Kerajaan Australia kerana ia adalah hak Malaysia sepenuhnya untuk membuat keputusan seperti itu, katanya.

Beliau berkata, Wisma Putra tidak tahu-menahu mengenai pemergian Anwar ke negara itu kerana beliau bukan individu yang dianggap sebagai pengganas atau mengancam keselamatan negara.

Ini ialah sebuah negara bebas yang rakyatnya bebas ke mana-mana asalkan tidak melanggar undang-undang. Pada saya, Anwar ialah rakyat Malaysia, bukan pengganas yang perlu sentiasa dipantau.

Kalau saya benar-benar berkuasa mempengaruhi Kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan Anwar masuk (ke negara itu), saya berasa sangat disanjung dan dihormati, katanya.

0 comments:

Post a Comment