Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM95,773.95.

Syahrul Nizam Mohd Khair, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di Epic-I Sdn Bhd, Tingkat 15, Menara Atlas, Plaza Pantai, 5 Jalan 4/83A, Jalan Pantai Baru di sini, antara 12 Julai hingga 25 Oktober 2002.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 14 Februari untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala tertuduh diwakili peguam T Kumar. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment