Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bola sepak adalah sukan yang mempunyai banyak nilai sosial serta mampu menyatukan masyarakat, termasuk rakyat Malaysia.

Ketika menganjurkan agar nilai berkenaan sentiasa dihayati, Muhyiddin berkata beliau yakin bola sepak serta sukan lain, boleh memainkan peranan penting, bukan sahaja untuk memajukan diri seseorang, tetapi juga mempunyai kesan berganda dalam membentuk dan menyatupadukan sesebuah negara.

“Apabila kita berbicara tentang bola sepak atau menontonnya, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita sama-sama minati. Seperti sukan lain, bola sepak juga tidak mengenal warna.

Bersukan bersama rakan-rakan daripada kaum lain boleh membantu menyatupadukan manusia daripada keturunan dan warna kulit berbeza.

“Sebab itulah, menyokong sesebuah pasukan negara, tanpa mengira bangsa pemainnya, boleh mengukuhkan perpaduan nasional,” kata beliau ketika merasmikan penjelajahan Trofi Piala Dunia FIFA di Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Simbol paling ikonik dunia bola sepak, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di negara ini semalam sebagai sebahagian daripada siri penjelajahannya selama sembilan bulan ke 88 negara.

Piala yang dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Coca Cola ini akan dipamer kepada orang ramai di Dewan Tun Hussein Onn 1, PWTC esok dari 10 pagi hingga 10 malam.

Mengulas tentang Piala Dunia, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia daripada semua kaum amat meminati bola sepak.

“Ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan, lebih 15 juta rakyat negara ini menontonnya melalui televisyen dan angka ini meletakkan Malaysia dalam kalangan pasaran tertinggi di Asia yang mempunyai akses kepada liputan kejohanan itu,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau berharap kehadiran Trofi Piala Dunia ini di Malaysia akan memberi ilham kepada rakyat negara ini untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dan mendorong mereka berusaha untuk mencapai kejayaan lebih besar.

Menurut beliau bukan menjadi rahsia lagi bahawa kebanyakan peminat bola sepak di negara ini kecewa apabila pasukan kebangsaan gagal meraih kejayaan dalam kejohanan antarabangsa dan berikutan itu, memilih pasukan lain sebagai pasukan kegemaran mereka.

“Sesuatu yang amat membanggakan ialah pelan ini akan memberi fokus terhadap usaha memupuk DNA bola sepak kita, termasuk pembinaan jati diri dan kekuatan mental pemain sejak muda lagi,” katanya.

Muhyiddin juga berharap lebih banyak entiti swasta tampil untuk menjayakan agenda pembangunan bola sepak serta menjadikannya sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

“Sebagai contoh, mereka boleh memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan atau menambah baik kemudahan permainan bola sepak di kawasan paling tertinggal di negara ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment