Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Menurut Sallehin, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut dan hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi media.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai serbuan ini dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.

“Saya akan mendapatkan maklumat terpeinci…selepas itu nanti baru saya boleh memberi komen,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap PBM dan merampas lebih 300 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment