Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Bertahun-tahun dia mencari tapak terbaik untuk merealisasikan impiannya dalam muzik. Tidak pernah berhenti berharap, akhirnya tahun lalu menjadi kenangan terindah dalam hidupnya apabila dinobat selaku juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Kini, impian Mohd Faizul Sany atau Faizul, 28, semakin dekat meskipun kembara seninya baru saja bermula.

Namanya mungkin masih ‘hijau’, namun berdasarkan sedikit pengalaman bergiat memperjuangkan muzik, dirinya sebelum ini dikira sudah ada asas kukuh mengenali percaturan menjadi anak seni.

Ia juga terserlah pada keperibadian Faizul sewaktu berada dalam AF2013 di mana dia hanya memfokuskan kepada memantapkan tugasan berbanding drama-drama kecil.


Bagaimanapun, dinobatkan juara bukan jaminan penyanyi kelahiran Sabah itu mendapat tempat dalam bidang ini kerana hakikatnya ramai sang juara juga lesap dan berkubur begitu saja. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment