Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari 11.45 malam 31 Januari hingga 6 pagi 3 Feb, berikutan usaha naik taraf sistem berjadual.

Menurut laman web CIMB Click hari ini gangguan itu melibatkan cawangan-cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin teller automated (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan dispenser mata wang asing.

Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.

Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal.

“Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana, pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Feb,” katanya.

CIMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari www.cimbbank.com.my. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment