Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 26, 2014

No Comment

GURU yang bertanggungjawab memakaikan loceng di leher muridnya di Sungkai, Perak kini diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang di Tapah untuk tindakan selanjutnya biarpun dia sudah memohon maaf.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Muhamad Rosli Hasan berkata, siasatan mengenai kes itu dilaksanakan oleh PPD Batang Padang untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib.

Sementara itu, polis menganggap kes hukuman melampau terhadap dua orang murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai, selesai selepas semua pihak terbabit mengadakan perbincangan.

Memetik laporan Harian Metro online, Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa berkenaan kes itu sehari selepas kejadian dan siasatan dijalankan sejurus laporan diterima.

“Dalam laporan yang kami terima, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah,” katanya.

Menurutnya, hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.

“Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah. Dalam perbincangan itu, guru berkenaan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.

“Guru itu mengaku memberi hukuman berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama dua minggu, sedangkan murid terbabit berpotensi dalam subjek berkenaan dan dia memohon maaf,” katanya.

Menurut beliau, ibu bapa murid itu dan pihak sekolah kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik dan menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak PPD.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen di kawasan kejadian berkata, hukuman dikenakan terhadap murid itu adalah tidak wajar.

Menurutnya, semua guru tanpa mengira jenis sekolah perlu lebih berhati-hati ketika mengajar dan mengenakan hukuman terhadap murid.

“Apabila menghukum, guru mesti melihat pantang larang dan sensitiviti masyarakat serta tidak boleh menghukum dengan cara yang akan dilihat sebagai memalukan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment