Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa kesal berikutan pergolakan politik yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pertelagahan yang melanda antara kedua-dua tokoh pembangkang tersebut tidak memberi sebarang kebaikan buat pakatan pembangkang sebaliknya memberi gambaran imej politik yang negatif kepada orang ramai.

“Pada ketika rakyat sedang dihimpit kenaikan kos sara hidup, perbalahan yang berlaku di Selangor itu tidak sedikit pun membantu apa-apa. Konflik dalaman hanya akan meruntuhkan tanggapan baik rakyat terhadap pakatan.

“DPPM menyeru pertelagahan dalaman itu ditamatkan segera. Kerajaan Selangor sewajarnya memberi keutamaan serta fokus yang tidak berbelah bahagi kearah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid semakin ketara apabila kedua-dua pemimpin itu memberi reaksi berbeza berhubung isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Abdul Khalid mendakwa beliau tidak terbabit dalam tindakan yang dikenakan ke atas Azmin. namun Azmin pula menyifatkan kenyataan perbadanan tersebut yang menjelaskan siapa yang bertanggungjawab menggugurkan beliau sudah cukup tegas dan jelas.

Sehubungan itu, Suhaizan meminta pemimpin pakatan pembangkang mengelak politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan yang akhirnya bakal menjejaskan rakyat.

“Sebarang isu dalaman perlu diselesaikan segera mengikut saluran parti,” katanya

0 comments:

Post a Comment