Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Sebelum ini, kisah cinta penyanyi yang popular dengan lagu berkonsepkan ketuhanan Hafiz Hamidun pernah terputus di tengah jalan apabila bekas tunangnya, wanita kelahiran Indonesia mengambil keputusan bernikah dengan jejaka lain.

Walaupun sudah mencanangkan kepada pihak media sebelum ini yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut, namun apakan daya, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan.

Namun, penyanyi itu menyatakan pengalaman pahitnya itu tidak sesekali membuatkan dirinya serik untuk bercinta lagi.

Hafiz juga mengakui dia sudah pun bertemu pengganti dan bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan tarikh perkahwinan mereka kepada umum.

“Tentang kahwin tu bila tiba masa yang sesuai, saya akan umumkan. Namun, tiada perkembangan dan masih belum mendapat tarikh lagi buat masa ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menyentuh mengenai kriteria kekasih yang sangat disenanginya, Hafiz menyatakan, “dia seorang yang sangat memahami dan seorang yang jujur. Jika ada dua sifat itu dalam perhubungan ia dengan sendirinya akan mengukuhkan hubugan tersebut”.

Diharapkan hubungan Hafiz dengan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment