Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

PAKAR Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari hari ini dengan lantang mewujudkan persoalan kononnya kerajaan persekutuan berlindung di belakang kerajaan negeri Selangor dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam.

Semalam, Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan menemui ratusan Bible bercetak dalam Bahasa Melayu.

Jais turut merampas lebih 300 buah Bible berkenaan.

Menurut Abdul Aziz dalam laporan Malaysiakini, kehadiran dua orang anggota polis mewujudkan persoalan adakah kerajaan persekutuan turut terlibat di dalam serbuan ini??


Di dalam Enakman Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) hampir kesemu prosedur melibatkan kesalahan jenayah syariah mengkehendaki samaada Pegawai Penguatkuas Agama atau Pegawai Polis yang hanya diberi kuasa untuk menangkap, memeriksa premis atau menggeledah sesuatu tempat.

Kehadiran anggota polis perlu untuk direkodkan sebarang tangkapan pesalah jenayah syariah.

Jika begitu persoalan Abdul Aziz, adakah setiap serbuan mencegah khalwat oleh semua jabatan agama di negara ini yang juga dihadiri pegawai polis juga ada wujud kerajaan persekutuan sebagai dalangnya? Jangan dilupa, Sultan merupakan ketua agama bagi kerajaan negeri tetapi Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam Bagi Persekutuan.

Jadi tidak timbul persoalan kehadiran dua pegawai polis berkenaan sebagai bukti wujud campurtangan kerajaan persekutuan.

Menurut Abdul Aziz lagi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada kuasa ke atas Jais kerana badan keagamaan itu berada di bawah kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata sebagai ketua agama Islam di Selangor, JAIS yang “menjalankan pentadbiran rutin” dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) adalah sebahagian dari hierarki dan kuasa Sultan.

“Mereka… mesti faham di bawah perlembagaan, Islam ialah perkara di bawah kuasa Sultan dan baginda boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat menteri besar.

“Jika Sultan mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa – seperti kebiasaannya – MB dan exco boleh buat keputusan.

“Bagaimanapun, di saat Sultan buat keputusan, MB perlu beralih ke tepi,” kata beliau seperti dalam laporan Malaysiakini.

Oleh : IBNU K

0 comments:

Post a Comment