Hasrat murni pelakon Hairul Azreen, 26, untuk membawa kedua-dua ibu bapa ke tanah suci Mekah akhirnya tercapai, baru-baru ini.
Hairul dan keluarganya bertolak ke Mekah pada pertengahan bulan Disember lalu untuk mengerjakan ibadah umrah yang dicita-citakan Hairul sebelum ini.
Jika anda masih ingat ketika memenangi rancangan realiti Fear Factor Malaysia, Hairul menyatakan mahu berkongsi wang kemenangannya dengan membawa ibu bapanya ke Mekah.
Nampaknya hasratnya itu sudah tercapai, sejuk perut ibu mengandung dapat anak sebaik Hairul kan.
Semoga ibadah mereka sekeluarga diberkati Allah SWT.
Oleh: AUDREY LEE
Kredit Foto: Instagram Hairul Azreen
0 comments:
Post a Comment