Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

BUTTERWORTH – Ratusan pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke bahagian pulau terperangkap dalam kesesakan teruk akibat berlaku kemalangan yang membabitkan dua kereta pagi tadi.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd berkata, kemalangan berlaku di lorong kiri di Kilometer 4.8 pada jam 8.15 pagi.

“Ia tidak membabitkan kecederaan serius, bagaimanapun menyebabkan kesesakan teruk berikutan waktu puncak ketika orang ramai mahu ke tempat kerja.

“Kami berusaha mengalihkan kenderaan terbabit bagi membolehkan lalu lintas bergerak lancar namun sikap pengguna yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Kedua-dua kenderaan terbabit berjaya dialihkan oleh trak penunda kira-kira sejam selepas kemalangan.

Tinjaun BERNAMA mendapati kesesakan berlaku dari susur masuk ke Permatang Pauh hingga tempat kejadian iaitu sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment