Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

SUSULAN isu pergolakan politik di Selangor, ramai individu di laman sosial kini yang memberikan macam-macam komen terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia berikutan pencalonan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas perletakan jawatan secara tiba-tiba Ahli DUN (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh.

Seorang pengguna Facebook dilihat menyuarakan kemarahannya akibat tindakan PKR itu yang disifatkan tidak menghormati amalan demokrasi dan pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas yang memilih Lee.

Spekulasi menular, bahawa Anwar bertanding kerusi DUN berkenaan untuk membolehkannya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selepas dikatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia melepaskan kerusi itu tidak lama lagi.

Menurut pengguna itu melalui statusnya, tindakan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada sesiapa bertanding untuk tujuan apa sekali pun merupakan satu penghinaan kepada demokrasi.

“Wahai PKR, segala ludah yang kamu hambur tentang tempang demokrasi negara ini, jilatlah semula. Segala tinja yang kamu lempar demi mengecam ketidakadilan, kutip dan lumur semula ke muka kalian.

“Dua dosa andai dibaur, tiada mungkin timbul pahala. Ketawa dan semua gurauan kini ditujukan untuk kamu,” katanya.

Semalam, Anwar mengadakan satu sidang media menyatakan bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan untuk mengisi kekosongan DUN Kajang itu.

Kemungkinan individu ini merupakan seorang penyokong kuat Anwar dan nyata dia kecewa dengan drama terbaru lakonan Anwar dan para pengikutnya dalam parti PKR.

0 comments:

Post a Comment