Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Delhi – Wanita tertinggi di dunia akhirnya akan berhenti `membesar’ selepas doktor berjaya membuang tumor di dalam otaknya, dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

Siddiqa Parveen, yang mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci, terpaksa melalui perjalanan sejauh 1,000 batu dari kampungnya di West Bengal ke Delhi bagi menjalani pembedahan berkenaan.

Dia yang mengalami pembesaran luar biasa akibat tumor tersebut juga berdepan dengan masalah tulang belakang dan kehilangan penglihatan.

Terdapat keretakan di bahagian tulang belakangnya dan dia juga tidak boleh berdiri tegak sejak beberapa tahun lalu dan jika berat badannya bertambah, kemungkinan tulang itu akan patah.

Menurut pakar bedah Dr Ashish Suri, dari All India Institute of Medical Sciences, tumor itu telah dibuang menerusi hidungnya dengan menggunakan endoscope.

Jelasnya, memandangkan tubuh Siddiga sangat besar, maka pihak hospital terpaksa menyediakan meja pembedahan yang besar .

Meskipun mengalami kehilangan darah semasa pembedahan, namun dia berada dalam keadaan stabil.

Ketinggian luar biasa itu membolehkan nama Siddiqa tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai wanita paling tinggi di dunia.

Dia kini dipindahkan ke wad biasa namun masih dalam pemerhatian.

Selain masalah tumor itu, Siddiqa juga memencilkan dirinya sekian lama, justeru dia perlu menjalani kaunseling bagi membolehkannya bergaul semula dengan orang ramai.

0 comments:

Post a Comment