Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Seoul – Hanya makan berjenis-jenis makanan dan dapat duit yang banyak. Itu kerja mudah yang dilakukan oleh Park Seo-yeon, 34, selepas berhenti kerja di sebuah firma perunding sejak tiga tahun lalu.

Wanita ini yang menggelar dirinya The Diva berjaya mendapat pendapatan lebih RM30,000 sebulan.

Caranya ialah dengan membuka live streaming dan kemudian dia akan makan berjenis-jenis makanan di depan penonton sambil berkomunikasi dengan mereka.

Setiap hari berpuluh ribu orang menyaksikan Seo-yeon makan selama tiga jam, dan meskipun makan dengan banyak, Seo-yeon masih dapat mengekalkan bentuk badan

Dia memperolehi pendapatan itu melalui sumbangan dan iklan dalam laman webnya.

Seo-yeon berkata dia gembira apabila orang ramai melihat dia makan ketika mereka tidak dapat makan kerana diet atau tidak dapat mencari makanan pada waktu malam.

“Satu lagi faktor yang menyebabkan mereka menyaksikan saya makan ialah kerana kesunyian, justeru mereka boleh berkomunikasi dengan saya sambil saya makan makanan yang disediakan,’’ katanya.

Setiap malam, orang ramai akan mengikuti The Diva makan melalui live streaming menerusi Afreeca TV.

Malam tadi, Seo-yeon menghabiskan dua pizza saiz medium, 30 biji telur, kaki ketam dan lima paket mee segera.

0 comments:

Post a Comment