Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

NAMPAKNYA khabar angin mengenai keretakan rumahtangga penyanyi Justin Bieber dan Jessica Biel sudah bertiup kencang di beberapa laman hiburan.

Biarpun belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-duanya, namun terdapat beberapa tanda yang memperlihatkan pasangan ini sedang menuju ke arah itu.

Menurut sumber majalah OK!USA, mereka kini sudah tinggal secara berasingan dan Jessica sudah pun mengupah seorang peguam untuk menguruskan hal perceraiannya.

“Sebelum berkahwin, Justin telah berjanji kepada Jessica untuk memulakan keluarga. Bagaimanapun, dia kemudiannya mahu menumpukan seluruh tenaganya untuk konsert jelajah. Ia merobek hati Jessica. Dia merasakan seolah-olah dirinya seorang balu dan rakannya sendiri menyifatkan dia sebagai ‘surirumah paling kesunyian di Hollywood’,” ujarnya.

Pasangan itu juga jarang tampil bersama-sama di majlis-majlis tertentu dan Justin dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya sewaktu persembahannya.

Oh, adakah ini bermakna senarai artis Hollywood bercerai akan bertambah lagi?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment